Tuesday 3 April 2012

resepi Chocolate Mud Cake

ASSALAMUALAIKUM

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • Untuk Kek
  • 200g butter dipotong kiub
  • 250g coklat masakan diracik kasar
  • 90g (1/2 cawan) gula perang
  • 220g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 30g (1/3 cawan) serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 250ml whipping cream
  • 3 biji telur gred A
  • 2 sudu besar biji kopi
  • Untuk dark chocolate glaze
  • 250g coklat masakan
  • 125ml whipping cream
  • 100g gula castor
  • Untuk hiasan
  • Strawberry segar secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan butter, coklat masakan, gula perang dan biji kopi dalam mangkuk adunan secara double boiling. Kacau sehingga gula larut dan sebati. Tapiskan dengan penapis kasar bagi mengasingkan biji kopi. Biarkan sejuk.
  2. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.
  3. Panaskan oven dan sapukan butter dan tepung pada loyang kek ukuran 20cm.
  4. Campurkan whipping cream ke dalam campuran coklat, butter dan gula perang tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan campuran tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada rak tengah dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama satu jam.
  8. Selepas satu jam, uji dengan mencucuk skewer pada bahagian tengah kek. Sekiranya skewer bersih, maka kek telah masak. Keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas rak muffin.
  9. Untuk dark chocolate glaze, masakkan coklat masakan, whipping cream dan gula castor dalam periuk dengan api kecil. Kacau sehingga gula larut dan menggelegak. Biarkan 3 minit di atas api kecil dan tutupkan api.
  10. Tuangkan glaze ke atas keseluruhan kek dan biarkan glaze sejuk.
  11. Hiaskan dengan strawberry segar. 
sumber dari : sini ...
Jangan Lupa Berdoa.Insyaallah,Everything Will Be Okay.Jgn Lupa Tekan Button Donate.TQ

2 comments: